
Dan berimanlah (percaya) kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya al-Kitab (Taurat : Injiel juga tidak terkecuali al-Quran) yang ada pada kamu (selama mana kamu tidak selewengkan), dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (engkar) akan dia (larangan Allah : al-Quran); dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga, tukaran, gadaian, modal, bahan, alat untuk) membeli kelebihan-kelebihan (duniawi : politik - jawatan, pangkat, nama, popularity, gelar, kekayaan) yang sedikit faedahnya (disisi Allah); dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah 2:41)
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula (apabila dibacakan terkena atas batang hidng kamu sendiri) padahal kamu semua mengetahuinya (perbuatan sembunyikan perkara benar yg terkena atas batang hidung kamu sendiri itu adalah salah).
(Al-Baqarah 2:42)
///
Ab Sheikh Yunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan