RIYA', UJUB, SUM'AH, TAKABBUR - bongkak : sombong - Syirik Khofi (samar-samar - kecil) permulaan kepada Syirik Qolbi : Jalli (terang-terang - besar)
Kejahilan
bukan sahaja akan melahirkan sikap taksub,
malah lebih daripada itu ia
mempunyai implikasi buruk terhadap kehidupan. Ia boleh menyebabkan
kebinasaan kepada seseorang individu, masyarakat, agama
(ad-deen-rububiyyah), Islam (i'ttiqad-uluhiyyah) serta Aqidah (al-Iman),
Syariah-Fiqh (al-Ilmu) dan negara.
Di
samping merendahkan martabat insan, kejahilan tidak mengenal nilai-nilai
kerjasama, timbang rasa, kecintaan dan keadilan. Kerana sikap jahil dan
taksub itulah, maka perpecahan terus berlaku di kalangan kita umat
Islam. Perbuatan ini ternyata bertentangan dengan syariat Islam.
Sudah
menjadi lumrah dan nasib yang tersurat bahawa setiap Agama tauhid
(rububiyyah - zat Allah) serta I'ttiqad yang diredhai Allah terhadap
hak-hak mutlak zat Allah Islam (al-Islam) akan
bertembung dengan ancaman hawa nafsu yang bergelora serta pemikiran yang
menyesatkan. Agama tauhid tidak akan aman sama sekali daripada sikap pelampau
dan ketaksuban. Bahkan setiap umat dalam menegakkan seruan syariat yang
benar sentiasa berhadapan dengan golongan ini. Dari segi prinsipnya
mereka memiliki kepercayaan serta pegangan atas nama agama yang di luar
batasan ajaran agama tauhid & I'ttiqad Islam sebenar.
Demikianlah
hakikatnya orang yang jahil perasaannya beku dan lemah otaknya. Justeru
itu mudah menjadi taksub dan akibat ketaksuban ini ia tidak lagi boleh
berfikir secara normal dan ia akan bertindak mengikut hawa nafsu bukan
berlandaskan akal atau ilmu syariat & keimanan (Aqidah)
Kejahilan dan
ketaksuban menjadikan diri mereka tidak dapat membezakan di antara
kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan (al-Iman mewajibkan al-Ilmu) dan
ketakwaan (al-Islam mewajibkan ad-deen). Sebagaimana kata-kata hukama: “Buta hati kerana jahil lebih
berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi
buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau
nasihat makin bertambah bebal dan jahil. Lebih berbahaya lagi apabila
ditambah pula dengan penyakit kesombongan”. Sebagaimana kata Saidina Ali
B. Abi Talib r.a : “Tiada musuh yang lebih Aku takuti daripada
kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil.”
Kesimpulannya,
jelaslah bahawa kejahilan adalah Kufur (tanpa Lillahi) pokok segala kecelakaan dan punca
segala bahaya. Orang yang jahil tergolong dalam maksud hadis Nabi yang
bermaksud: “Dunia itu terlaknat, segala isinya terlaknat, kecuali
zikrullah (berzikir kepada Allah), sesesorang yang berilmu dan seorang
yang mencari ilmu. Seorang yang jahil itu tidak akan terkeluar dari
kegelapan kejahilan melainkan dengan nur dan cahaya ilmu pengetahuan. Ia
merangkumi ilmu-ilmu untuk keperluan dan kesempurnaan tanggungjawab
diri terhadap Allah serta ilmu untuk mempertingkatkan kualiti hidup diri,
keluarga, dan masyarakat.
///
Ab Sheikh Yunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan