Pas
akhirnya mendedahkan niat dan isi hatinya yang sebenar iaitu tidak guna
menjatuhkan kerajaan yang sedang memerintah negara sekarang ini.
Kalau tidak guna menjatuhkan,
bermakna yang berguna ialah mengekalkannya. Jika tidak guna untuk
dikekalkan, ertinya lebih baik dijatuhkan.
(*) Setuju !
Pilihan tidak boleh lebih daripada satu, ia mesti antara dua, pilih salah satu.
Apabila Pas sudah mengatakan
tidak guna menjatuhkan kerajaan sedia ada, hakikatnya itulah tujuan
sebenar mereka mewujudkan blok ketiga yang dinamakan Gagasan Sejahtera.
Dan itulah juga sebabnya Pas
bagai nak gila mahu bertanding di 80 kerusi Parlimen tanpa mengendur
walau sedikit pun dengan mana-mana parti yang ingin berunding dengannya.
Dengan hanya 80 kerusi, menang
dah tentu tak ke mana, tetapi kalah tak mengapa, yang penting, Najib
Razak, UMNO dan BN dapat dibantu untuk terus kekal berkuasa.
Ehem, ehem, ehem...
Setelah berdolak-dalik dan
menyembunyikan hasrat sebenar mereka sejak sekian lama, hari ini
segala-galanya terdedah dengan sendirinya.
Ia bukan saja dilafazkan oleh
Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yaakob, bahkan juga diucapkan di
hadapan golongan ulama parti itu iaitu ketika merasmikan Muktamar
Tahunan Dewan Ulama Pas.
Ahmad Yaakob menjelaskan, tidak
guna menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang kerana yang akan menjadi
penggantinya nanti ialah kerajaan yang berfahaman sekular sosialis.
(*) Ini berarti PAS memihak kepada apa yang dikawak sebagai "Secular Nasionalis", maka berarti "Secular Nasionalis" tidak bercanggak dengan Ajaran Islam (al-Islam) yang menjadi teras pegangan PAS...!!!
"Apa yang dibimbangkan, jatuhnya sebuah kerajaan sekular nasionalis tetapi diganti dengan sekular sosialis.
(*) Setuju !
(*) Setuju !
"Kalau itu terjadi, PAS kena
ambil masa 60 tahun untuk jatuhkan kerajaan sekular sosialis dan diganti
dengan kerajaan Islam," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.
Soalnya, benarkah kerajaan baru
nanti betul-betul berfahaman sekular sosialis? Apakah semata-mata kerana
ada DAP di dalam Pakatan Harapan, lalu ia semudah itu digelar sekular
sosialis?
Apakah sekular nasionalis lebih baik daripada sekular sosialis, maka Pas sebagai parti Islam ingin mempertahankannya?
(*) PAS telah membuat pilihan dengan memihak kepada "Secular Nasiolis" adalah jelas... pada masa yang sama PAS telah mengesahkan bahawa Demokrasi tidak bercanggah dengan Ajaran Islam yang menjadi pegangan PAS selama ini...!!!
Tidakkah Ahmad Yaakob sedar, kerajaan yang ada sekarang juga lebih dikenali sebagai kerajaan kleptokrasi?
Dalam pada itu, jika tidak dalam pilihanraya akan datang, bila lagi masa yang sesuai untuk kerajaan yang ada boleh dijatuhkan?
Mengapa tidak mahu diinsafi,
kiranya dalam PRU 14 ini UMNO dan BN tidak mampu dikalahkan, waktu
terbaik untuk berbuat demikian mungkin tidak muncul lagi sampai
bila-bila?
Ini kerana, kiranya mampu
melepasi garisan PRU 14, kerajaan sekular nasionalis yang juga dikenali
di seluruh dunia mengamalkan gaya pemerintahan kleptokrasi dan begitu
ingin dikekalkan kuasanya oleh PAS, mereka pasti akan bertindak dengan
lebih keras lagi bagi mengekalkan kuasa yang ada.
Sudahnya, bila dapat ditumbangkan lagi?
Bila pula Pas mampu bertanding
lebih banyak kerusi, tidak sekadar 80 saja, agar hasrat menubuhkan
kerajaan Islam secara sendiri dapat dicapai?
Dengan pelbagai isu melingkari
wajah Perdana Menteri serta kleptokrasi mula mengambil alih tempat
demokrasi, bukan saja PRU 14 medan terbaik untuk menukar kerajaan, malah
pendirian Pas yang mengatakan tidak ada gunanya menjatuhkan kerajaan
sedia ada, perjuangan mereka nyata semakin menjauh daripada hati nurani
rakyat seluruhnya.
Realitinya, tiada ada mana-mana
bangsa dan agama dapat menerima kerajaan yang dibayangi skandal,
penipuan, rompakan dan samunan yang begitu berleluasa yang semata-mata
dapat bertahan kerana masih mampu mengepung kuasa dan segala agensi
penguatkuasa dalam genggamannya.
Dalam keadaan begitu, tidak
malukah Pas kerana masih lagi mahu bermain-main dengan perbezaan antara
sekular nasionalis dan sekular sosialis untuk mewajarkan pendirian
mereka tanpa melihat gambaran lebih besar kepada kemusnahan masa depan
negara jika gejala kleptokrasi tidak ditamatkan dengan segera? (ShahbudinHusin 28/04/2017).
Posted by Shahbudin Husin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan